Mitos kesihatan yang sudah lama kita amalkan dibuktikan palsu !

Posted by

Pelbagai berita dan perkongsian mengenai kesihatan ternyata menarik perhatian kita untuk membacanya. Apatah lagi jika kita berdepan dengan masalah kesihatan. Bagaimanapun banyak juga berita dan kajian yang dibuktikan sah, bukan berita palsu yang ternyata memberi impak negatif yang berpanjangan.

Baru-baru ini, majalah The Men’s Health berkongsi beberapa mitos kesihatan dan makanan yang masih menjadi amalan dunia. Menariknya portal itu mendedahkan sumber asal mitos tersebut dan bagaimana ia disahkan palsu.

Mitos 1: Vaksinasi menyebabkan autisme

Pada 1998, ahli gastroenterologi Britain, Andrew Wakefield menerbitkan kajian di The Lancet mendakwa hubungan antara autisme dan MMR (campak, cendawan, rubella) dalam kalangan kanak-kanak yang divaksin.

Tinjauan CNN pada 2015 mendapati ibu bapa anti-vaksin lebih sihat dan cergas serta menamatkan pengajian di kolej. Daripada mereka, 57% menyatakan kebimbangan terhadap autisme sebagai sebab tidak mengambil suntikan vaksin kepada anak mereka.

Sebenarnya…

The Lancet menarik balik kajian Wakefield pada 2010 kerana ia dihasilkan daripada fakta sains yang tidak sah. Wakefield didakwa melakukan penipuan dan memalsukan data menyebabkan kehilangan lesen perubatannya. American Academy of Pediatrics menyenarai 20 muka surat kajian dan bukti menunjukkan tiada kaitan antara vaksin dan autisme.

Mitos 2: Diet kurang lemak cegah penyakit jantung

Penyakit jantung adalah pembunuh utama di kebanyakan negara. Banyak kajian dilancarkan untuk mengenal pasti punca termasuk diet yang berkaitan dengan lemak tepu dengan penyakit jantung.

Persatuan Jantung Amerika Syarikat mengesahkan penemuan dan memberi amaran mengenai pengambilan lemak tepu. Kepercayaan jantung yang sihat dengan diet rendah lemak masih berpanjangan hingga ke hari ini, walaupun penyakit jantung tetap menjadi penyebab utama kematian.

Sebenarnya…

Penyelidikan terbaharu di The Lancet merangkumi 18 negara di 5 benua menyimpulkan “jumlah lemak dan jenis lemak tiada kaitan dengan penyakit kardiovaskular.”

Oleh kerana makanan rendah lemak lazimnya tidak berperasa, pengeluar makanan menambah gula. Menurut kajian JAMA Internal Medicine 2014, mereka yang mengambil 25% atau lebih kalori harian menerusi gula, 2 kali lebih berkemungkinan mati akibat penyakit jantung.

Mitos 3: Saringan PSA selamatkan nyawa

Kanser prostat adalah kanser paling umum dalam kalangan lelaki. PSA bermaksud “antigen spesifik prostat,” dan ujian mengukur tahap darah protein dipercayai mengesan kanser prostat. Pada 1994, FDA meluluskan pemeriksaan PSA sebagai rutin untuk lelaki asimptomatik.

Sebenarnya…

Pemeriksaan PSA besar-besaran sebenarnya lebih berbahaya daripada membawa kebaikan. Pada 2012, Pasukan Petugas Perkhidmatan Pencegahan AS mendapati 80% hasil positif ujian rutin secara besar-besaran adalah palsu.

Pakar mendapati 5 daripada setiap 1,000 lelaki yang menjalani pembedahan kanser prostat mati dalam masa sebulan manakala sekurang-kurangnya 200 dari setiap 1,000 lelaki yang menjalani radioterapi dan pembedahan untuk kanser prostat menderita komplikasi seperti inkontinensia kencing, disfungsi ereksi, dan/atau masalah usus.

Persatuan Urologi Amerika tidak mengesyorkan pemeriksaan PSA rutin untuk lelaki yang lebih muda dari usia 55 kecuali mempunyai faktor risiko (seperti merokok, berlebihan berat badan, atau mempunyai sejarah keluarga kanser prostat).

Mitos 4: Susu mentah lebih sihat daripada yang dipasteur

Sumber asas bagi mitos ini tidak diketahui. Proses mempasteur susu melibatkan pemanasan susu untuk membunuh bakteria yang berbahaya namun penyokong susu mentah mendakwa haba yang sama membunuh nutrien penting susu. Malah mereka juga mendakwa produk tenusu yang dipasteur menyebabkan reaksi alergi dan gejala ketidaktentuan laktosa.

Sebenarnya…

FDA tidak memperolehi bukti menyatakan susu mentah adalah lebih bermanfaat daripada dipasteur. Malahan, sebaliknya adalah benar. Lebih kurang 3% daripada penduduk bumi dikatakan mengambil produk tenusu seperti susu dan keju yang tidak dipasteur tetapi ia menyebabkan 96% daripada penyakit yang berasal dari produk tenusu tercemar.

Ia 840 kali lebih buruk dan 45 kali lebih ramai dikejarkan ke hospital berbanding dari pengguna produk tenusu pasteur. Jangkitan bakteria berbahaya dalam susu mentah (seperti salmonella, E coli, dan listeria) boleh mengakibatkan kegagalan organ, keguguran, kelumpuhan atau kematian.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/04/01/mitos-kesihatan-yang-dibuktikan-palsu/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *